Ada Apa Dengan Nama??
Mengikut kepercayaan tradisi, nama seseorang itu mempunyai makna tertentu
di sebaliknya. Walau apa bangsa atau keturunan, namanya tetap membayangkan
makna di sebaliknya. Mengikut pakar numerologi, nama seseorang dapat
menggambarkan personaliti atau kehidupan seseorang itu. Cubalah numerologi
berikut:
1. Perhatikan abjad di bawah ini yang menyamai huruf-huruf pada nama kamu.
Contoh: huruf 'A' nilainya 1.
1 2 3 4 5 6 7 8 9
A B C D E F G H I
J K L M N O P Q R
S T U V W X Y Z
2. Campurkan semua vokal (A, E, I, O, U) dan konsonan yang ada pada namamu
secara berasingan. (Ada huruf konsonan yang dikira sebagai huruf vokal
andainya ia berbunyi seperti huruf vokal bila disebut.Contohnya huruf Y
dalam nama-nama ini: Sayfol atau Jenny)
3 Jumlahkan huruf vokal sehingga kamu dapat satu digit. Lakukan yang sama
pada huruf konsonan.
Contoh: ADET ZAIN
Vokal: A+E+A+I
1+1+5+9 =16 = 1+6 = 7
Konsonan: D+T+Z+N
4+5+2+8 = 19 = 1+9 = 10 = 1+0 = 1
Kombo ADET ZAIN ialah 7-1
Kombo kamu mestilah antara 1-1 hingga 9-9
Selepas itu, carilah maksud yang tersirat pada kombo kamu dibawah ini.
Selamat mencuba!
1-1 Kamu sanggup berkorban apa saja demi untuk mencapai wawasanmu.
Kalau kamu terpaksa memberi sesuatu yang berharga pada dirimu, kamu sanggup
melakukannya. 2-1 Kamu seorang yang peramah yang suka bergaul dengan sesiapa
saja. Gunakan skill komunikasi yang kamu miliki untuk tujuan kebaikan
padamu. 3-1 Otak kamu cukup kreatif. Gunakan kelebihan ini dalam mancari
kekasih baru kerana mungkin kamu akan bernasib baik kali ini. Peristiwa lama
jangan dikenang. 4-1 Jadual kamu terlalu sibuk dan tentu ini tidak elok
kerana ia boleh mengganggu rancanganmu yang lain. Kamu perlu bijak mengatur
rancangan dan jadualmu. 5-1 Kamu seorang yang bertenaga. Jangan memencilkan
diri daripada teman-teman. Sekali-sekala, berilah perhatian pada teman-teman
lain seperti mana yang kamu inginkan. 7-1 Hubungan jauh dengan si dia
membawa kebahagiaan. Walau sering bertengkar, namun ia tidak selama-lamanya
kerana bila kamu bersama, kamu berdua amat menghargai saat-saat itu. 9-1
Jangan risau sangat apa yang orang lain mahukan dari dirimu. Yang penting
ialah objektif hidupmu iaitu apa yang kamu mahukan dalam hidup ini.
1-2 Kamu bertindak dengan cepat dan tepat. Jadi semua orang sangka
kamu suka mengawal. Jangan segan silu minta tolong jika kamu berada dalam
kesusahan. 2-2 Waspada! Kamu terlalu berlembut hati sehingga orang lain
ambil kesempatan pun kamu tidak kisah langsung. Cubalah kamu fikirkan
tentang dirimu dulu. 3-2 Kamu mahu semua orang sukakan kamu tapi ia mungkin
tidak akan berlaku Oleh itu janganlah kamu membuang masa dengan mereka yang
tidak pernah menghargaimu. 4-2 Ada temanmu yang terasa kehilanganmu kerana
sudah lama tidak bersama. Buat satu pertemuan antara semua teman-temanmu dan
mereka pasti menghargaimu. 5-2 Kamu suka bila menjadi tumpuan orang ramai.
Jaga-jaga kerana sikap ini boleh menyinggung perasaan orang lain. Berilah
peluang pada orang lain menunjukkan kemampuan mereka pula. 6-2 Kamu bersikap
berhati-hati dalam perhubungan sehingga membuatkan si dia rasa kehadirannya
tidak diperlukan. Fikirkan hal ini dengan sebaik mungkin. 7-2 Hampir semua
temanmu hipokrit! Tapi kamu tidak seperti mereka. Kamu sentiasa memastikan
dirimu bersedia menghulurkan apa jua bantuan yang mereka perlukan. 8-2
Seorang pemimpin semulajadi! Dengan mudah kamu mempengaruhi teman-teman
bekerjasama sebagai satu pasukan.Teruskan semua ini demi untuk mendapatkan
kehormatan orang ramai. 9-2 Kamu memang seorang yang lembut hati dan manis.
Ingat, ada yang suka ambil kesempatan.Tapi kebijaksanaanmu mengatasi
segala-galanya.Akhirnya dia akan tunduk pada suruhanmu.
1-3 Mereka di sekelilingmu suka mendengar apa yang kamu perkatakan.
Hulurkan bantuan pada temanmu kerana kamu memang hebat dalam bab
tolong-menolong. 2-3 Jangan ingat semua temanmu itu satu kepala denganmu.
Oleh itu, kamu tidak perlu selalu memberi peluang kepada orang lain
mendahuluimu dalam apa jua perkara. 3-3 Sikap malu dalam dirimu selalunya
disalahertikan oleh sesetengah temanmu. Tapi bagi teman-teman yang rapat,
mereka tahu siapakah kamu yang sebenarnya. 4-3 Kamu seorang penulis yang
hebat. Idea kamu bernas dan tidak takut pada cabaran. Tapi kelemahanmu
terbesar ialah sikap sensitif yang keterlaluan. 5-3 Walaupun kamu menghadapi
masalah besar manapun, kamu tetap bersikap tenang dan dapat menyelesaikan
masalah itu. Kebolehanmu ini dapat membantu temanmu yang bermasalah. 6-3
Teman-teman lelaki suka mendapatkan nasihat cinta darimu. Dah jadi pakar
cinta konon! Walaupun mereka dah ada kekasih, mereka tetap meluangkan masa
denganmu. 7-3 Kamu tahu apa yang kamu mahukan dalam hidup kamu. Tapi ada
kalangan temanmu yang tidak mengerti. Bersemuka dengan mereka dah terangkan
segalanya. 8-3 Tak sangka kamu adalah seorang yang suka bersaing dalam apa
jua perkara pun. Jika kamu menghadapi seseorang yang kuat, jangan cepat
panik. 9-3Sukar bagimu bersemuka dengan orang lain. Tapi memendam rasa
terlalu lama juga tidak baik. Nanti tersalah orang, lain pula yang dimarah.
1-4Kamu cepat bosan dengan kekasih baru kerana kamu tiada pendirian
yang pasti. Lain kali kamu perlu berpura-pura walaupun si dia amat
membosankan kamu. 2-4Rileks!Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya
akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif
terhadap apa jua keadaan pun. 3-4Kebebasan amat penting bagimu. Dan kamu
suka dilayan sebagai orang yang matang. Bila masalah besar timbul, kamu
perlu bertindak cepat menyelesaikan masalah itu. 4-4Berpenampilan menarik
membuatkan kamu rasa hebat seklai dalam hidupmu. Teman berkata kamu seorang
yang menarik. Tidak semestinya wajah atau fizikal tetapi sikapmu itu. 5-4
Kamu perlu mengurangkan aktiviti sosialmu kerana ia boleh mengganggu
ketenteraman jiwamu. Alternatifnya ialah bergaul dengan teman-teman yang
tidak mendatangkan masalah. 6-4 Kamu suka kekasih misteri. Cubalah cari
kekasih yang mudah difahami dan kamu akan merasa kebahagiaan bersamanya
daripada kamu asyik menggaru kepala bersama gadis/teruma misteri. 7-4 Kuat
keyakinan bila berkomunikasi dengan orang lain di pejabat/sekolah.
Bijak-bijaklah pilih teman kerana aada segelintir manusia yang tidak
menghargai sumbangnamu. 8-4Banyak bergaul dengan teman yang gemar membaca.
Ia dapat membantumu menambah pengetahuan. Mungkin si dia juga sesuai
dijadikan pasangan istimewa buatmu..siapa tahu? 9-4Sikap terlalu terperinci
kamu membosankan orang lain. Kurangkan perangai itu dan kamu akan jadi
tumpuan di pejabat/sekolah.
1-5 Semua orang sukakan kamu kerana sikap kamu yang cukup peramah.
Jadi teruskan sikapmu itu agar kamu disukai dan tidak mendapat musuh. 2-5
Kamu bukan seorang yang pintar. Tapi peduli apa orang lain fikir. Yang
penting ialah kamu berani menyuarakan pendapatmu dan ini menunjukkan kamu
juga berakal. 3-5Kamu suka menghadiri majlis keramaian. Jangan mengharapkan
semua akan berakhir dengan apa yang kamu kehendaki kerana mungkin kesilapan
kecil mendatangkan keseronokan. 4-5Suka menolong adalah sikapmu. Jangan
bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia
faham kamu akan mencuba di lain masa 5-5Semua orang sangka kamu ni kelakar.
Memang betul pun! Meskipun sikap kelakarmu itu menggembirakan tapi
berwaspadalah kerana ada seseorang dengki terhadapmu. 6-5Tidak dinafikan
kamu seorang yang dapat menarik perhatian orang lain. Tapi adalah lebih baik
jika kamu tidak berusaha terlalu kuat sangat hingga boleh menyinggung teman
lain. 7-5 Kamu mudah rasa gelisah. Ini memudahkan orang lain perasan tentang
dirimu. Cuba atasinya dengan segera. Daptkan bantuan profesional jika perlu.
8-5Walau apa situasi pun, tuah tetap di pihakmu.Jangan lupakan mereka yang
pernah membantumu.Nanti dapat gelaran 'kacang lupakan kulit'. 9-5 Kadangkala
sikap kebodohan boleh menambahkan keceriaan antara kamu semua. Selain itu
kamu cuba bersikap advance dalam hidupmu.
1-6 Kamu ini seorang yang mudah berkongsi idea. Tapi lain kali cuba
kamu bertolak ansur sedikit dan berikan peluang kepada orang lain bercakap
dulu. 2-6 Kamu suka cabaran. Dan kamu juga suka mambantu temanmu di tika
mereka kesusahan. Paling best, kamu ni sentiasa sukakan suasana baru yang
ceria. 3-6 Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat
dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang
lain. 4-6 Cubalah kawal nafsu kamu itu. Mungkin kamu belum bersedia lagi.
Asahkan skill komunikasi dan kamu akan dapati ada yang menghargaimu kelak.
5-6 Kamu tidak suka pujian dan suka mendiamkan diri. Sikap ini amat
disenangi oleh teman-temanmu. Mungkin sikapmu itu menjadi teladan bagi
mereka. 6-6 Kamu adalah seorang yang suka berbual-bual. Bila kamu mendiamkan
diri, teman-temanmu yang lain akan bertanya, 'apa yang terjadi padamu?'
Jangan marah, mereka cuma nak ambil berat tentangmu. 7-6 Privasi amat
penting dalam hidupmu. Tapi luangkan sedikit masa dengan temanmu. Tapi
jangan bimbang kerana kamu juga seorang yang bijak menangani keduanya
sekali. 8-6Kejujuran amat penting dalam hidupmu. Oleh itu kamu dapati walau
susah macammanapun, kamu tidak akan sekali-kali bercakap bohong. Bagus
tu..teruskan! 9-6 Kamu bersikap terbuka dan sanggup berkongsi bakat yang ada
padamu.Senyuman manis pasti membahagiakan kamu.Kamu seorang yang realistik.
1-7 Kamu inginkan perkara yang terjadi berakhir dengan apa yang kamu
rancangkan. Untuk itu kamu perlu mengatur segalanya dengan tersusun agar
kamu dapat keutusan yang baik. 2-7Kadangkala kamu terlalu mengharapkan
sesuatu yang tidak realistik daripada kekasihmu. Payah nanti!Cuba kamu
berdua fikir saat-saat manis bersama dahulu. 3-7 Mahu dirimu dilayan dengan
baik? Kalau nak, jangan asyik nak menunjuk-nunjuk. Satu lagi, jangan suka
sangat menyinggung perasaan teman-teman dengan kata-katamu. 4-7Walaupun kamu
tidak suka kejutan tapi dalm hidup ini bukan semua yang dapat kita
jangkakan. Kawal perasaanmu dan terima apa saja yang ada. 5-7Kamu memang
bijak berkomunikasi dengan orang lain. Bila mereka memerlukan bantuanmu,
cubalah pasangkan telinga itu untuk mendengar luahan hati temanmu itu 6-7
Kamu seorang yang ultra sensitif. Sikap ini perlu diubah sedikit dan jangan
terlalu taksub sangat dengan apa yang berlaku. Cuba bawa bertenang dan
teruskan hidupmu. 7-7 Kamu rasa gelisah terutama bila berhadapan ramai
orang. Jangan bimbang sangat hal ini kerana semua orang mengalami insiden
yang sama. 8-7 Luangkan lebih banyak masa bersama si dia tersayang. Jangan
terlalu mempercayai kata-kata teman yang suka menjaga tepi kain orang. 9-7
Kamu nak lakukan sesuatu untuk kebaikan tapi tidak tahu di manakah kamu
patut bermula. Cuba mulakan dengan teman-temanmu, sekolah atau rumah.
1-8 Kamu perlu mengikut gerak hati untuk membuat sebarang
keputusan.Namun dalam perhubungan jangan terburu-buru buat keputusan kerana
ia juga akan mempengaruhi orang lain. 2-8 Berkongsi barang dengan teman
tidak menjadi masalah bagimu. Tapi katakan 'tidak' kepada teman yang suka
ambil kesempatan kerana kamu juga manusia biasa. 3-8 Kamu banyak idea dan
gunakan ia sebaik mungkin. Jika tidak, bermakna kamu menipu dirimu sendiri
kerana mensia-siakan potensi yang ada padamu itu. 4-8 Kamu cuba melakukan
semua perkara dengan sendiri. Sekali-sekala itu, benarkan teman-temanmu
membantu kerana mereka mungkin boleh menyumbang sesuatu yang bernas. 5-8
Kamu ini berat sebelah sangat. 24 jam asyik fikirkan teman-teman saja dan
membiarkan si dia berseorangan. Masa sudah tiba kamu perlu mengubah semua
itu. 6-8 Luahkan perasaanmu bila rasa tertekan. Kamu juga pandai menunjukkan
emosimu. Mungkin ada baik buruknya kamu terus begitu. Yang penting kamu
sentiasa bahagia. 7-8 Walaupun cinta sudah mula bersemi, tapi jadualmu
ketat. Jika si dia benar-benar jujur, dia sanggup menantimu sampai
bila-bila. 8-8 Jangan perasan sangat nanti kamu yang malu. Utamakan perasaan
mu dulu sebelum fikirkan orang lain. Sepanjang kehidupanmu banyak rintangan.
9-8 Beria-ia kamu merancang tingkah lakumu.Lakukan kajian terperinci dan
tanya pelbagai soalan yang dapat membantumu kelak. Ini akan memudahkan
kerjamu.
1-9 Teman-temanmu suka mendengar cerita sejarah hidupmu tapi
janganlah asyik menceritakan sesuatu yang sama saja. Sesekali ceritakan hal
lain yang menarik. 2-9 Mengimbangi pelajaran/kerjaya dengan cinta bukan
perkara mudah bagimu Mungkin ia terjejas sedikit tapi jangan panik sangat
kerana ia tidak akan berpanjangan. 3-9Catatkan semua kulaiti yang ada
padamu. Masa untuk kamu bertindak sudah tiba dan catatatn itu mungkin dapat
membantumu sepanjang tindakan yang kamu lakukan. 4-9 Imbangi hidupmu itu.
Jangan biarkan tekanan perasaan mempengaruhimu. Bangun dan aturkan jadual
hidupmu dengan lebih berkesan. Peluang baru akan menyusuli kemudian. 5-9
Kamu memang bijak. Walaupun suka berparti, namun pelajaran/kerjaya tidak
terjejas langsung. Cuba hulurkan bantuan pada teman sekelas/sepejabat yang
memerlukannya. 6-9 Kamu jujur bila memberi pandangan pada teman-temanmu.
Tapi ingat! Pujian yang terlalu sangat juga tidak baik dan menakutkan orang
lain. Berpada-pada bila memberi pujian. 7-9Jangan rasa malu nak menunjukkan
kebolehanmu walaupun sekali-sekala. Ada baiknya kamu menguatkan lagi
keyakinan da membiarkan apa orang lain nak kata tentangmu. 8-9
Pandai-pandailah kamu simpan rahsia.Kamu tak suka jaga tepi kain
orang.Teman-teman amat menyukai sikapmu itu. Tahniah! 9-9 Membantu teman
yang keliru adalah kelebihan dirimu. Tak lama lagi, kamu perlu membuat
keputusan yang amat penting! Pastikan kamu tahu implikasi keputusan yang
bakal dibuat.
No comments:
Post a Comment