April Fools Day
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fools Day sebagai renungan
bersama.
Setiap kali menjelang 1hb April,sesetengah orang, kita begitu taksub
dengan budaya, pandang ke barat & menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan.
Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu
trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang
agama, telah mengucapkan Aku ceraikan kau dengan talak 3 pada isterinya
dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga
terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan
April Fool!. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila
diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool+s Day ini, adalah dipercayai bhw ia
bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam
akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam
di Sepanyol, Moors terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk
menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini,
diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat
bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan
kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya(1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah
disiapkan
lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil
kesempatan
untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.
Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak
Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,
perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera
Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di
Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam
yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fools Day tanpa
menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai
saudara se Islam mereka sendiri.
Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
Petikan drpd Risalah Fikrah-Peliharalah Allah, nescaya Allah akan
memelihara kamu ......rawahu ttirmizi Illal Liqaq
Note : Umat Islam tak patut meraikan APRIL FOOL
Kerana ia hari peringatan sempena tentera salib mengalahkan tentera Islam...
No comments:
Post a Comment