Berani ke tak berani ni?
Adakah anda jenis individu yang boleh diharapkan untuk menyumbangkan buah fikiran yang hebat dan berani menyuarakan pendapat walaupun ia boleh mengundang 1001 risiko? Atau adakah anda jenis individu yang hanya duduk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang pendapat, takut akan menyakiti hati orang lain?
So, kalau korang berani apa kata uji diri kamu melalu kuiz di bawah ini untuk memastikan anda ni tergolong dalam kategori seorang yang penakut atau berani. Selamat mencuba & good luck!!!
1.Sebaik sahaja menutup lampu untuk tidur, anda terdengar jeritan orang meminta tolong pada waktu malam. Adakah anda:
a)memanggil polis
b)terus tidur?
c)Segera mengambil parang dan keluar untuk memberikan bantuan
2.Sepasang kasut yang baru anda beli minggu lalu rosak. Adakah anda:
a)bersungut dengan suara yang lantang di depan kedai itu pada hari Sabtu
b)terus memboikot kedai tersebut dan menghasut semua rakan dan ahli keluarga anda agar tidak membeli di kedai itu
c)jumpa pengurus kedai dan beritahu masalah anda
3.Apabila bil restoran tiba, adakah anda:
a)Melihat keseluruhan bil tersebut dengan segera untuk memastikan sama ada ia betul atau tidak
b)Mempercayai 100% maklumat yang disediakan oleh komputer
c)Periksa setiap yang ada dalam bil dengan teliti
4.Anda hendak membayar harga barang yang telah dibeli, tetapi 2 orang jurujual yang sepatutnya melayan anda sibuk berbual. Adakah anda:
a)mengadu kepada pengurus
b)mencari kedai lain
c)mengganggu perbualan mereka
5.Sekiranya anda terlihat seorang kanak-kanak didera oleh ibunya, adakah anda:
a)buat-buat tak peduli
b)berjumpa dengan wanita itu dan menyuruhnya menghentikan perbuatannya
c)melaporkan pada pihak berkuasa
6.Anda duduk di bahagian Tidak Merokok dalam sebuah keretapi tetapi penumpang di sebelah anda cuba menyalakan rokok, adakah anda:
a)tunjuk tanda Dilarang Merokok dan menyuruh penumpang tersebut berhenti dari merokok
b)terus berlalu dari tempat itu dengan buat muka menyampah
c)melaporkan perbuatan penumpang itu kepada pegawai keselamatan
7.Dalam satu perlawanan tennis dengan seorang sahabat, anda:
a)memukul bola seolah-olah anda akan menang perlawanan tersebut
b)bermain dengan tenang
c)biarkan orang lain menang
8.Anda sedang berjalan di tepi kolam renag. Tiba-tiba ada seseorang yang tak dikenali menolak anda sehingga terjatuh. Adakah anda:
a)keluar dari kolam dengan cepat dan membalas dendam (tampar/tumbuk)
b)melaporkan kepada penyelia yang bertugas ketika itu
c)berenang jauh dengan cepat untuk menahan malu
9.Ketua anda membuat peraturan yang tidak anda setujui. Adakah anda:
a)mengikut dan buat-buat tak peduli
b)memujuk ketua anda untuk mengubah peraturan tersebut
c)tidak mengikut peraturan tersebut
10.Seorang ahli kelab telah menyelewengkan akaun kelab yang ada sertai tetapi anda tidak tahu, anda pasti tidak akan disukai jika perbuatan ini didedahkan. Adakah anda:
a)keluar atau tarik diri daripada kelab tersebut
b)mendiamkan diri
c)melaporkan perbuatan itu
11.Di satu restoran, daging yang dihidangkan hangus dan sayurnya tidak enak. Adakah anda:
a)berazam tidak akan makan di situ lagi
b)suruh ketua pelayan menggantikannya dengan lain
c)enggan membayar selepas makan
12.Sewaktu berjalan seorang diri pada waktu malam, anda merasakan diri anda diekori oleh seseorang. Adakah anda:
a)berjalan dengan cepat sambil memikirkan tindakan selanjutnya jika orang itu cuba menghampiri kamu
b)masuk ke kedai yang berhampiran
c)berhenti dan bertanya mengapa orang itu mengekori anda
13.Anda sedang memandu kereta, secara tiba-tiba anda ternampak seorang anggota polis. Adakah anda:
a)memandu seperti biasa
b)berhenti di tepi jalan
c)memandu dengan lebih perlahan
14.Dalam sesebuah hubungan, anda merasakan anda:
a)mempunyai hak yang sama sepertinya
b)lebih berkuasa
c)tidak mempunyai hak dan sentiasa mengikuti kemahuannya
15.Anda tinggal bersendirian, tiba-tiba anda terdengar bunyi sesuatu di dapur. Adakah anda:
a)pergi menyiasat seorang diri
b)dapatkan kawan untuk menemani anda pergi menyiasat
c)tidur di rumah kawan
16.Seorang kenalan telah menyebarkan gossip tentang diri anda yang amat memalukan. Adakah anda:
a)malu dan terus meminta ibu bapa anda menukarkan ke sekolah lain
b)membalas dendam dengan menyebarkan gossip yang memalukan untuknya
c)berjumpa dan memintanya menghentikan perbuatan tersebut
17.Jiran anda meminta anda menjaga kucingnya selama seminggu pada hal anda alah pada bulu kucing. Adakah anda:
a)berkata tidak
b)merana dalam seminggu
c)menyatakan masalah anda dan mencadangkan orang lain untuk menjaga kucing tersebut
18.Sahabat baik kamu telah memulangkan sehelai t-shirt biru kesayangan kamu yang dipinjamnya tetapi baju itu telah bertukar warna kuning dan lusuh. Adakah anda:
a)memberikan baju itu kepadanya kembali dan berkata, Ambil je tak payah pulang anggap baju ni hadiah daripada saya.
b)Memarahinya dan meminta ganti rugi
c)Berdiam diri sahaja kerana nasi dah jadi bubur nak buat camna?
19.Rakan baik anda yang gemar mengulangi cerita yang sama sebanyak 10 kali. Adakah anda:
a)berpura-pura minat
b)menguap dan berkata, Sumpah! Aku tak tanya
c)berterus-terang yang kamu ni bosan mendengar cerita itu
20.Aktiviti menarik (ala-ala fear factor gitu) yang pernah anda lakukan:
a)wall climbing
b)bungee jumping
c)menaiki roller coaster
MARKAh
1. a-5, b-0, c-10
2. a-10, b-0, c-5
3. a-5, b-0, c-10
4. a-10, b-0, c-5
5. a-0, b-10, c-5
6. a-5, b-0, c-10
7. a-10, b-5, c-0
8. a-10, b-5, c-0
9. a-0, b-5, c-10
10.a-5, b-0, c-10
11.a-0, b-5, c-10
12.a-5, b-0, c-10
13.a-5, b-0, c-10
14.a-10, b-5, c-0
15.a-10, b-5, c-0
16.a-0, b-5, c-10
17.a-10, b-0, c-5
18.a-5, b-10, c-0
19.a-0, b-10, c-5
20.semua jawapan 5 markah
ANALISA MARKAH
140-200 : Anda cukup berani dan tidak teragak-agak untuk bertindak jika ada sesuatu yang tidak disenangi. Perkataan takut tiada dalam kamus hidup anda. Tapi ingat, berhati-hati apabila bersuars kerana takut pendapat yang anda beri boleh menyinggung perasaan sesiapa.
70-135 : Anda memang baik hati tetapi anda tetap tegas dengan pendirian anda serta tidak akan membenarkan orang lain mengatur hidup anda. Sekiranya ada sesuatu berlaku anda akan memberi pendapat tanpa menyinggung perasaan sesiapa.
0-65 : Nampak sahaja anda kelihatan seperti seorang yang berani padahal anda ni penakut! Anda lebih suka berdiam diri daripada masuk campur hal orang lain. Bagi anda mengapa suka mengambil risiko jika tak nak dapat susah dan lebih senang membiarkan orang lain menyelesaikannya jika terlibat dalam sesuatu masalah. Cubalah jadi berani sedikit, pasti hidup anda akan ceria! Bak kata orang, no risks, no fun!
No comments:
Post a Comment