Wednesday, 21 September 2011

Kenali jenis darah anda...

Kenali jenis darah anda...

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini
disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan
sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan
diri
sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga
sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa
jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan
berusaha
untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam
apa
cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan
memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga
terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia
mampu
memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.

Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak
mengawal
emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat
utama
dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-
kerja secara
berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri
dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan
individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga
sentiasa berasa senang untuk bekerjasama
dengan mu.
Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang
ada
dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu
tergolong dalam kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang.

Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak
degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak
mengendahkan
langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat,
kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan
diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan
mu.
Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam
perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu
jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua
perkara.

Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan,
kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara
kamu
sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan
fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan
diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun
kelompok
golongan tertentu.

Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun
ada
kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak
gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus
memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu
harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah
keperibadian
yang jelas terpancar dalam diri individu yang
tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu
juga sentiasa menghormati orang lain dan ini
menjadikan individu yang berada di sekeliling mu
berasa selesa untuk berdampingan dengan mu.

Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam
diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki
dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan
berani untuk membuat keputusan sendiri.
Jangan biarkan orang lain membuat keputusan
untuk
diri kamu sendiri.

No comments:

Post a Comment