Wednesday, 21 September 2011

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri


Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.



Januari 01-09 ~ Anjing

Januari 10-24 ~ Tikus

Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing

Februari 06-14 ~ Merpati

Februari 15-21 ~ Kura-kura

Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet

Mac 13-15 ~ Singa

Mac 16-23 ~ Tikus

Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing

April 04-14 ~ Harimau Bintang

April 15-26 ~ Tikus

April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet

Mei 14-21 ~ Merpati

Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus

Jun 04-14 ~ Kura-kura

Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet

Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus

Julai 10-15 ~ Anjing

Julai 16-26 ~ Merpati

Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet

Ogos 16-25 ~ Tikus

Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati

September 15-27 ~ Kucing

September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet

Oktober 16-27 ~ Kura-kura

Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa

November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing

Disember 17-25 ~ Monyet

Disember 26-31 ~ Merpati


Anjing:

Kamu memang seorang yang setia
dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi.
kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya
kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan
sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah
dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan
teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen
juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya
alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran
fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi
teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang
baik.
Tikus:

Kamu ini memang penuh
dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak
dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang
disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu
yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu
sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai
kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan
orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya
ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan
mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal
emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari
melakukan kesilapan.
Singa:

Begitu kontra dengan
spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak
suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan
aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan.
Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada
orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka
menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah
dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.
Kucing:

Kamu memang penyayang,
disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang
senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang
perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan
bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang
tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak
bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.
Kura-kura:

Kamu semakin hampir dengan
kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang
orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman
ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka
pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu
juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang
dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih
sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap
kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.
Merpati:

Kamu adalah simbol sikap
yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap
detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling
begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam
kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang
sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan
orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu
memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!
Harimau Bintang:

Kamu seorang yang misteri.
Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh
menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk
untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya.
Hmmm…kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang
kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang
adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan
dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap
itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila
teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka
cari.
Monyet:

Tidak sabar dan begitu
hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun,
kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang
memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah
dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan
keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata
hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan
tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak
mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan
berjaya di dalam perniagaan.

No comments:

Post a Comment