Wednesday, 21 September 2011

Waktu terbaik berdoa

DOA adalah permohonan hamba pada Tuhannya. Manusia hanya boleh berdoa tetapi hak Allah menentukan bila dan bagaimana ia dimakbulkan. Antara waktu mustajab doa ialah ketika berpuasa, musafir, dizalimi, selepas azan, antara iqamah dan solat, antara dua khutbah Jumaat, waktu sahur, sepertiga malam, waktu hujan, ketika melihat kaabah dan bertawaf serta melakukan sai.

Malah, digalakkan berdoa setiap kali selepas solat, waktu hampir iftar berbuka puasa, selepas membaca al-Quran. Manakala hari mustajab doa ialah hari dan malam Jumaat, hari arafah, hari dan malam raya, malam Lailatul Qadar, malam Nisfu Syaaban dan awal Rejab.

Pada masa sama kita mestilah memelihara adab berdosa dan menjaga makan minum supaya Allah memakbulkan doa berkenaan. Supaya doa dapat dimakbulkan lakukan dengan bersungguh-sungguh, berusaha memenuhi penyebab untuk makabulnya doa.

Selain itu berdoalah dengan khusyuk dan yakin doa akan dimakbulkan, bertakwa kepada Allah, jauhi larangannya, berdoa dengan ikhlas dan tidak meminta perkara mustahil, buruk dan perkara yang berdosa atau memutuskan silaturahim. Pada masa sama dilarang mengarah dan menggesa Tuhan supaya segera memakbulkan doa kita.

No comments:

Post a Comment